aku dah maafkan kamu
harap kamu tak lagi macam dulu
back to zero
bukan senang nak ke 100 pulak
take time
tapi sayang ni masih ada
jangan risau
orang cakap tak ke mana kalau dah jodoh
sakit teruk macam nak mati pun
kejam macam kuku besi pun
menangis macam tadak air mata pun
kalau dah sayang lagi
bukan senang nak buang macam tu ja
still simpan walaupun ada yang aku buang sikit pasal kamu
yang tu tak bole pusing balik dah
mungkin takdir kita macam ni
aku terima
aku terima segalanya
hendak cari hidup mesti akan terkona merata sebelum nak straight kan?
jadi aku terima sebagai dugaan dari yang Maha Berkuasa
semoga aku lagi kuat terima segalanya
amin
>.<
Kawan Kawan =)
Dec 30, 2012
Dec 28, 2012
malam bulan mengambang
malam ni bulan mengambang penuh.
seram sejuk pulak my parent sibuk cerita jumpa hantu sana sini.
dulu memang rasa takut. sampai nak pejam pun jenuh.
sekarang takut jugak tapi cuba beranikan diri. apa apa pun nanti kita kat kubur sorang jugak kan.
rindu pulak masa kat rumah sewa dulu, hujan lebat gila sampai blackout rumah tu.
dah la rumah sewa tu cam bajet gila. ada ke patut dinding antara bilik dapur semuanya playwood.
sekali guruh, bergegar ja rumah. penah tak rasa tengah dok dalam bilik air tetiba lampu terpadam.
haishh... gerun gila. dok nampak putih ja. nak terberak terus tak jadi. takut sangat.
kat rumah bole peluk mak, kat sana pakai peluk kawan je lah.
rumah sewa dah la kampung, pure kampung. kampung..... paham paham je lah.
penah sekali member cerita dia balik dari lepak kedai pukul 2, nampak dok bertimpuh tengah jalan.
suluh suluh lampu motor mau terkencing kat situ. alhamdulilah setakat dok kat kampung sungai air tawar tu tadak benda kacau. cuma sekali ada ular masuk rumah. yang dasatnya malam tu member tengok movie kat ruang tamu and depa tutup lampu. tetiba rasa lembut ja merayap atas riba. nasib baik tak kena patuk.
ular tedung selar tu. orang cakap ular macam ni dia ada kembar jantan betina. kalau kita bunuh salah seekor, seekor lagi akan cari geng dia tu. esok tu jugak p beli belerang. memag boring dok kampung tapi lama lama bole biasakan diri dengan suasana kampung. penah jatuh motor dengan Dila. yang tu lawak sebab nak elak katak. last last jatuh pecah side mirror Nana. malam tu Nawi la ubat kami. letak ubat denga muka risau risau.
kat perantauan kita cuma ada kawan. sedih, sakit, happy. kawan ja yang ada nka berteman.
sampai sekarang aku still best buat something apa apa dengan kawan kawan. cuma tak suka kawan kawan yang jenis GUNA kawan ni. susah nak cari yang ikhlas.
sama jugak kalau nak cari bakal suami. susah nak cari yang betul betul nak kat kita ikhlas.
dalam sepuluh mungkin seorang ja. takpa, dalam hati aku anggap ni semua dugaan semata mata untuk aku jadi kuat. rindu kawan kawan. semua jauh jauh dah. memag masa study macam bodoh ja tak fikir panjang. tahu nak seronok ja, sekarang baru fikir masa depan. harap semuanya belum terlambat.
amin.
sekian
>.<
Dec 27, 2012
chicken wrap versi orang kasar buat
assalamualaikum
ok hari saja nak share dengan hampa hampa semua resepi
mudah, cepat, dan senang
CHICKEN WRAP
ni aku tiru orang jugak buat cuma aku ada ubah ubah sikit
bahan bahan :
# roti paratha
# sosej
# isi ayam
# salad
# bawang holland
# sos berbeku
# sos cili
# mayo
# cili or cabai.. eh! sama ja
# minyak sikit
# lada

1. isi ayam tu potong kecik kecik ikot suka hati hampa lah dan dengan sosej tu. potong kecik kecik supaya bole kita balut nanti dalam roti
2. ayam dengan sosej ni hampa perap la dengan sos berbeku ok? letak tepi dulu.
3. roti paratha tu hampa panaskan kejap ja bagi dia masak sikit.
4. hampa panaskan minyak. ambik sosej dengan isi ayam yang tadi hampa perap tu hampa goreng dengan cili/ cabai. letak lada sikit. nak pedas letak banyak ok
5. dan siap tu hampa ambik roti paratha tadi letak la salad, letak isi ayam dengan sosej, mayo, sos.
6. balut padat padat dan potong dua roti tu. siap!
7. selamat berhidang. hehe
selamat mencuba
nyummm~ nyummm
sekian
>.<
Dec 15, 2012
moment terbaik bersama mereka
haip! haip! haip!
buat apa tu? hee. sibuk ja kan nak hambek tau pasal orang. kenapa lah aku lapar lagi lepas p kenduri sampai empat tempat, pastu balik rumah makan nasi mak masak lagi. sedih betul tengok perut ni makin boroi =.=
hari tu 13.12.12, ceih! nak jugak kan? semua pakat update kat status FB cakap 12.12.12.
apa yang best pun tatau lah. aku pun update jugak. haha
ok ok, dah melampau jauh dah ni. ok, hari tu aku ngan kawan kawan tempat keja dulu jalan jalan kat tasek
mengkuang.
ingatkan tak jadi mula tu sebab tetiba ja hujan.
masa hujan dalam pukul tiga lebih tu aku dah mula risau. rosak plan aku kan? =(
tengok tengok 4.30 seperti di janjikan tak hujan.
alhamdulilah. amin.
mula kawan kawan aku ni p beli goreng pisang? pisang goreng? ntah lah. janji pisang. hee
beli lagi cucur and air. nak makan kat sana. sana tak dak orang meniaga. memang situ tempat rekreasi ja.
pastu p pulak kedai nak beli roti, bagi ikan makan. ikan sana pun nak makan jugak tau. hehe
ikan sana banyak, tapi yang sederhana ja datang makan, yang besar tak nampak pulak.
mungkin takut kot. so, bila sampai sana, kami naik moto ja tapi tetap bahagia. haha
kena jalan, jauh sungguh. kira tak jogging pun takpa. memang sampai sana dah macam warming up dah.
buat macam webcam kat rumah, haha
kantoi, tak sempat pose =.=
nampak sangat aku kurang stamina, dah penat lah tu =.=
bagi ikan makan, kenyang lah ikan ikan tu kalau orang cam kami selalu datang
yang paling depan tu sebenarnya pendek =.=
pandai gambo ni menipu kan?
turutan ;D
sweet ;D
;D
ok nak balik dah time ni. hee
yang lawak tu time nak webcam webcam tu kena cari tempat sandar henfon tu kan?
aku pun tertonggek tonggek nak cari view yang cantik.
tetiba
" nak snap gambo ke? meh nak tolong snap kan."
malu ja aku, ada orang jogging situ nak tolong kami. adoi, tapi malu punya pasal cakap
"eh takla...." =.=
rupanya ada orang dok tengok aku tertonggek tonggek lah.
sampaikan aku langsung tak tengok muka orang tu. hee
pastu kami pun jalan balik, best sangat gelak gelak camtu.
balik tu singgah pasar malam, makan makan. rindu moment cam ni.
nanti sorang dah nak kawen dah.
aku pun nak cari keja dah, nanti tak cuti sama sama =(
ni ja yang ada.
sekian
>.<
Subscribe to:
Posts (Atom)











